latar belakang

Pablo Picasso atau nama sebenarnya Pablo Diego José Francisco de Paula Juan Nepomuceno María de los Remedios Cipriano de la Santísima Trinidad Clito dilahirkan di Malaga, Sepanyol. Beliau dilahirkan pada 25 October 1881. Nama bapa beliau adalah Don Jose Ruiz Blasco. Pablo Picasso dilahirkan dalam golongan keluarga bangsawan pada zaman tersebut. Pada masa kecilnya, di dalam setiap buku latihan Pablo Picasso ada terdapat banyak lukisan yang dilukis oleh beliau. Ini bermakna beliau amat meminati seni sejak dari kecil lagi.

Pablo Picasso banyak menghasilkan lukisan berbentuk potret. Pada tahun 1900 beliau telah berhijrah ke Paris untuk mengembangkan bidang seni beliau. Hasil seni yang dihasilkan oleh Pablo Picasso adalah dalam bentuk seni lukisan, ukiran, ‘printmaking’, seramik dan arca serta kolaj. Kesemua hasil karya Pablo Picasso adalah amat bermutu tinggi. Pada tahun 1906 Pablo Picasso cenderung untuk menghasilkan karya yang berbentuk ‘Primitivism’. Bermula saat itu, Pablo Picasso yang terpengaruh dengan gaya ‘Primitivism’ mula membuat eksperimen tentang gaya ‘cubism’/kubisme.

 

Pada tahun 1906 Pablo Picasso bersama rakannya, Matisse dan Derain sangat terkenal dengan karya  yang berbentuk Primitivism. Karya tersebut adalah bercirikan suku kaum Oceanic di bahagian Afrika. Pablo Picasso dan rakan-rakanya sangat terpengaruh dengan gaya tersebut dan mula membuat eksperimen tentang gaya baru dalam karya mereka.

 Terdapat banyak eksperimen yang telah dilakukan oleh mereka sebelum mereka menemui gaya ‘cubism’/kubisme ini. Ada beberapa ciri yang telah diterapkan oleh Pablo Picasso dalam permulaan gaya ‘cubism’/kubisme . Antara ciri-ciri yang sangat ketara dalam gaya ini adalah penghasilan bahagian mata yang lebih besar daripada mata sebenar. Selain itu, Pablo Picasso juga melukis bahagian telinga yang lebih besar. Ada ketikanya Pablo Picasso gemar melukis bahagian mata yang kosong .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s