Kubisme

Pada tahun 1907 Pablo Picasso dan rakannya Braque telah memperkenalkan gaya ‘cubism’/kubisme ini dengan lebih jelas dan mudah difahami. Salah satu faktor utamanya adalah melalui pemahaman tradisional dari segi perspektif di dalam lukisan yang dihasilkan oleh mereka dan beberapa ciri istimewa yang lain. Pada awal eksperimen mereka telah menerapkan gaya yang lebih ‘extreme’ dalam pemilihan warna, rupa yang agak kaku dan lukisan yang kemek/penyek. Kebanyakan warna yang digunakan dalam gaya ‘cubism’/kubisme ini adalah warna-warna yang lebih pusam dan agak gelap.

Tahun 1909 Pablo Picasso dan rakannya Braque mula membuat kajian mengenai ‘Analytical Cubism’  dan seterusnya ‘Synthetic Cubism’.

Analytical Cubism

Analytical cubism’ adalah salah satu daripada pecahan di dalam gaya ‘cubism’/kubisme. ‘Analytical cubism’ merupakan karya yang berbentuk 2 Dimensi yang berasaskan  bentuk-bentuk geometri. Bentuk geometri yang asas adalah seperti silinder, sfera dan kon. Gaya ‘Analytical cubism’ ini bermula pada sekitar tahun 1908 hingga 1911 ula di Perancis. Warna yang digunakan dalam gaya ini adalah lebih kepada warna kelabu, biru dan kuning keperangan. Warna yang lebih pusam dan gelap digunakan dalam gaya ‘Analytical Cubism’ . Pablo Picasso dan Braque telah berkongsi gaya ini bersama-sama. Mereka cuba untuk mengolah lukisan supaya berlainan dengan lukisan mereka sebelum ini. Akhirnya mereka berjaya menghasilkan gaya Analytical Cubism ini dan telah menarik minat ramai orang.

lukisan portriat Picasso dan Lukisan sama yang dilukis semula dalam bentuk kubisme

Synthetic Cubism

‘Synthetic Cubism’ merupakan pecahan kedua gaya ‘cubism’/kubisme. Gaya ‘Synthetic Cubism’ ini telah bermula pada tahun 1912. Gaya ini telah dikembangkan oleh Pablo Picasso, Braque dan beberapa orang rakannya. Pada permulaan gaya ini, Pablo Picasso dan rakannya telah memperkenalkan teknik kolaj sebagai bahan utama untuk diterapkan di dalam gaya ‘Synthetic Cubism’. Antara karya terawal yang dihasilkan melalui gaya ini adalah Still Life with Chair Cane 1912  dan Guitar, Sheet Music and Glass 1912.

Gaya ‘Synthetic Cubism’ ini tidak seperti ‘Analytical Cubism’ yang lebih mementingkan kepada bentuk ( bentuk geometri ). Gaya ini kurang menumpukan kepada bentuk dan penggunaan ‘shading’. ‘Shading’ yang digunakan di dalam gaya ini adalah sangat sedikit. Gaya ini banyak mewujudkan permukaan  yang lebih berbentuk 3 Dimensi didalam setiap karya yang dihasilkan oleh Pablo Picasso. Sebagai contoh, beliau menggunakan teknik kolaj dalam karyanya.

 Gaya ‘Synthetic Cubism’ ini, masih menggunakan bentuk geometri sebagai bahan utama penghasilan karya. Namun begitu, bentuk geometri yang digunakan adalah tidak terikat dan bebas. Warna yang digunakan juga lebih banyak.  Walaubagaimanapun Pablo Picasso masih menggunakan dan mengekalkan warna-warna yang kusam dan agak gelap.

untuk maklumat lanjut bagi kajian ini sila emailkan di

amienakarim@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s