Wayang Gedek

Wayang gedek berasal dari wayang kulit Siam di bahagian Nang Talung, Thailand. Pada awal kemunculannya di Kedah, bahasa penyampaian, plot penceritaan dan watak yang digunakan dalam pementasannya adalah sama seperti Wayang Kulit Siam. Salah satu kumpulan yang mementaskan Wayang Kulit tersebut adalah kumpulan Wayang Kulit Seri Asun. Mengikut perkembangan zaman, kumpulan tersebut telah membuat pembaharuan yang bertepatan dengan agama dan sesuai dengan masyarakat setempat. Dengan adanya pembaharuan ini, wayang gedek adalah berbeza dengan wayang kulit yang lain.

Pembaharuan yang telah dilakukan oleh kumpulan Wayang Kulit Seri Asun telah menarik perhatian Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Nama wayang gedek telah diberikan kepada kumpulan tersebut atas inovasi yang telah dilakukan. Hal tersebut berlaku pada tahun 1979 iaitu semasa berlangsungnya bengkel wayang kulit di Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkataan `Gedek` memberi maksud pergerakan watak wayang kulit yang terlompat-lompat atau `tergedik-gedik` mengikut kepada bahasa Melayu loghat Kedah yang bermaksud berlebih-lebihan apabila watak tersebut digerakan dalam pementasan wayang gedek. Dengan itu, bermula pada tahun 1979 wayang kulit yang dimainkan oleh Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun dikenali sebagai wayang gedek.

Olahan bahasa penyampaian dan kemudiannya diikuti dengan plot penceritaan serta watak yang terhadap wayang kulit tersebut secara tidak langsung telah memberi identiti tersendiri dalam pementasan wayang gedek. Ianya bagi membezakan wayang kulit Siam yang berasal daripada Nang Talung dengan wayang gedek yang dipentaskan oleh Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun.

Pementasan wayang gedek pada peringkat awalnya sama seperti wayang kulit Siam yang lain. Pada peringkat awal pementasan wayang kulit Siam yang berasal dari Nang Talung ini dibawa pulang oleh rakyat negeri Kedah bagi tujuan hiburan. Bermula pada tahun 1986 sehingga kini wayang gedek telah mengalami pembaharuan bermula dari aspek bahasa pementasan, plot penceritaan, gubahan muzik dan seterusnya watak wayang gedek yang digunakan dalam setiap persembahan. Oleh itu, wayang gedek mendapat identitinya yang tersendiri dan berbeza daripada wayang kulit lain yang terdapat di Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s